Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami telah dilantik secara rasmi oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai Pusat Mammogram tunggal bagi Negeri Terengganu.

Pemeriksaan Mammogram hanya melibatkan wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas untuk mengesan penyakit kanser payudara.

Pemeriksaan akan dilakukan di Jabatan Radiologi KTS dan dilaksanakan oleh pegawai yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Namun, sebelum membolehkan pemeriksaan dilakukan penerima baucer dan pihak klinik perlu mengambil langkah awal untuk membantu melancarkan proses tersebut. Sila klik pautan di bawah untuk tindakan selanjutnya.

CARTA ALIRAN MAMMOGRAM.pdfCARTA ALIRAN MAMMOGRAM.pdf

Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh dirujuk di laman pautan sesawang PERKESO. Sila klik di Health Screening Program (HSP) PERKESO

Nota:

- Penerima baucer terlebih dahulu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang berdaftar dengan   PERKESO
- Pemeriksaan Mammogram hanya boleh dilakukan di KTS setelah pihak klinik mendaftarkan kedua-dua nombor baucer iaitu pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mammogram.
- Segala pemeriksaan adalah PERCUMA kepada penerima baucer.